Sumber ilham
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya ingin berkongsi serba
sedikit tentang ilham dan juga bagaimana untuk mendapatkan sumber ilham. Ilham
adalah satu bentuk ilmu yang kita perolehi dari sumber yang kita sendiri tidak
dapat tafsirkan. Ia seolah-olah muncul dibenak fikiran kita dengan semula jadi.
Saat kita mendapat satu ilham kita seolah-olah dapat membuat sesuatu yang
biasanya terbatas untuk kita lakukan.
Sumber ilham boleh
datang melalui pelbagai arah. Ada yang mendapatnya ketika tidur melalui mimpi,
ada juga yang mendapatnya ketika bertafakur, ada juga yang datang pada waktu
biasa dalam kehidupan kita, ada yang merasakan ia datang dalam bentuk bisikan
halus. Apapun bentuk atau cara ilham itu sampai kedalam kotak fikiran kita, ia
seolah olah muncul dengan sendirinya. Tidak melalui perantaraan, dan tidak juga
berdasarkan pembelajaran melalui buku buku mahupun dalam kuliah.
Namun begitu ilham yang
disangkakan itu mungkin sebenarnya bisikan syaitan yang cuba merosakkan
pemikiran kita. Ya, memang benar,, boleh juga ia datang melalui syaitan, jin
atau makhluk makhluk lain namun ia adalah berdasarkan keizinan Allah jua,
kerana Allah jualah yang menciptakan mereka dan berhak keatas mereka. Contohnya
begini, Allah mengilhamkan mahkluk ciptaannya tentang suatu perkara, dan
kemudian mahluk itu bisikkan kepada manusia melalui kelebihan yang diberi Allah
kepadanya. Di situlah datangnya fungsi Al Quran dan hadis yang menjadi asas dan
panduan kepada kita menerima sesuatu ilham.
No comments:
Post a Comment