Asalammualaikum dan salam sejahtera. Penulisan kali ini akan berbicara mengenai Ilham: Realiti atau Fantasi. Dalam arena penulisan kreatif tanah air tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan penulis dapat kita ibaratkan seperti tumbuhnya cendawan seusai hujan lebat. Samada dalam bidang fiksyen atau bukan fiksyen penulis berusaha untuk menghasilkan karya dalam bidang masing-masing. Selaku salah seorang pembaca karya-karya yang dihasilkan, sering kali juga tertanya apakah idea atau jalan cerita yang dizahirkan menerusi karya yang terhasil itu adalah sesuatu yang realiti atau hanya fantasi semata-mata.
Berbicara mengenai realiti atau fantasi sesebuah karya yang dihasilkan suka untuk saya melihat kepada kencenderungan penulis karya itu sendiri. Jika diteliti, ada sesetengah pengarang gemar menggunakan fantasi dirinya dalam menghasilkan sesbuah karya. Pengunaan fantasi dalam penghasilan karya ini dilihat sebagai sebuah teknik baru yang menyimpang dari pengasilan karya-karya kreatif yang biasa. Karya yang dihasilkan menggunakan fantasi pengarang sendiri lazimnya berat untuk difahami dan mengajak pembaca merenung jauh untuk menanggapi maksud yang ingin diketengahkan.
Bagi pengarang yang menghasilkan karya dalam bentuk realiti, jalan cerita karya tersebut mudah untuk difahami oleh pembaca kerana cerita yang dipersembahkan kebiasaannya dekat dengan masyarakat sendiri dan membuatkan ia mudah untuk diterima masyarakat. Namun, setiap pembaca ada selera tersendiri maka terpulanglah kepada pembaca untuk memilih karya yang selari dengan citarasa mereka sendiri.

No comments:
Post a Comment