Monday, 17 October 2016

TOKOH

Entri pada kali ini mahu memperkatakan mengenai seorang tokoh ilham. Pada sudut pandangan saya, setiap cetusan idea yang mahu dilakarkan atau ditulis memerlukan ilham. Oleh itu, setiap orang memerlukan ilham selain daripada imaginasi yang boleh kita angankan sebelum mengharmonikan sesebuah karya itu.

Ilham hadir dalam pelbagai cara. Sama ada ketika kita sedang duduk termenung, berkomunikasi, menonton televisyen, mendengar lagu, berjalan-jalan (makan angin atau bersiar-siar) dan lain-lain. Jadi, dalam menghasilkan semua jenis karya, seseorang itu memerlukan ilham. Maka, semua orang boleh menjadi tokoh ilham.

Baru-baru ini, sedang saya menghasilkan cerpen, lagu bertajuk Lions saya putarkan berulang-kali. Saya memperoleh ilham ketika mendengar lagu itu. Setiap orang mempunyai kelainan dalam mendapatkan ilham. Dan seperti yang saya nyatakan di atas, mendengar lagu juga boleh membantu kita untuk mendapatkan ilham.


No comments:

Post a Comment