Sunday, 9 October 2016

Segala penulisan di dalam blog ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus SKMM2083 Penulisan Kreatif yang diselia di bawah Prof. Madya Dr. Mawar Binti Safei (http://mawarshafei.blogspot.my/). Blog ini dikendalikan seramai 10 orang ahli dari Pusat Penyelidikan dan Bitara Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

KAU ILHAM KU




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan kali pertama saya mengendalikan sebuah blog bersama rakan-rakan saya untuk berkongsi sebuah topik iaitu ilham. Ilham merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk menghasilkan sesuatu. Khususnya dalam menghasilkan sesebuah karya, ilham yang muncul dalam kotak pemikiran kita akan menyebabkan kita terlintas untuk menulis sesuatu tentangnya. 

Terdapat beberapa pandangan mengenai definisi ilham. Menurut Faisal Tehrani dalam bukunya Karya Nan Indah Untuk Semua (2008:39) menyatakan bahawa idea atau ilham memang ada di sekeliling kita. Ilham yang baik akan dikukuhkan dengan khayalan, rasa, gagasan dan bentuk yang baik. Selain itu,  Adhy Asmaraada dalam bukunya yang bertajuk Ilmu Pengarang bagi pemula (1979:11) menyatakan bahawa ilham ada menimbulkan sebuah gagasan atau konsepsi dari bawah sadar seseorang. Di mana ilham ini timbul kerana suatu perenungan atau gagasan dari hasil pemecahan sebuah masalah yang mengena pada dirinya. Kemudian ia menuangkannya dalam satu bentuk yang kemudian kita kenal dengan ide. Yang kemudian diperkembangkannya secara meluas olehnya sehingga membentuk suatu buah pemikiran dalam bentuk karangan. 


Begitulah definisi yang telah dikemukakan oleh dua orang tokoh penulis yang terkenal. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai ilham. Namun begitu, ilham sangat sukar untuk hadir ketika kita sangat memerlukannya. Oleh itu, segala bentuk ilham yang hadir itu perlulah digunakannya dengan sebaiknya untuk manfaat semua.

No comments:

Post a Comment