Sunday, 30 October 2016

Perbandingan antara ilham dan wahyu
Ilham adalah penyampaian suatu makna, fikiran atau hakikat di dalam jiwa atau hati manakala wahyu dari segi bahasa ialah sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-NYA yang terpilih secara tersembunyi dan halus yang tidak dapat dikesan oleh manusia. Allah S.W.T. juga memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dengan segera. Dari segi istilah pula, segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada nabi dan rasul-Nya, seperti Al-Qur’an dan hadis.

Berikut merupakan video pendek untuk menjelaskan serba sedikit tentang perbandingan Ilham dan wahyu.



Sunday, 23 October 2016

ILHAM DALAM PENULISAN




You get ideas from daydreaming. You get ideas from being bored. You get ideas all the time. The only difference between writers and other people is we notice when we’re doing it. ~ Neil Gaiman

If you want to be a writer, you must do two things about all others:  read a lot and write a lot…reading is the creative center of a writer’s life…you cannot hope to sweep someone else away by the force of your writing until it has been done to you. ~Stephen King

Petikan- petikan di atas menyatakan bahawa minda di bawah sedar antara punca timbulnya sesuatu idea/ilham. Ia menjelaskan bahawa minda bawah sedar sentiasa bertungkus-lumus mengadun pelbagai maklumat yang diperolehi sama ada daripada pendidikan, pemelajaran, pembacaan ataupun pengalaman terdahulu. Neil Gaiman, seperti dalam petikan menyatakan bahawa ilham atau idea ini boleh tercetus melalui apa jua keadaan sama ada ketika kita bosan atau malah ketika sedang mengelamun. Namun, untuk menjadi penulis pula menurut Stephen King, dalam mengembangkan sesuatu idea, penulis perlulah melakukan pembacaan  Maksudnya, seseorang harus berusaha keras terutamanya dalam menimba ilmu berkaitan mendapatkan idea yang bernas. Hasil daripada cetusan pendapat ini jelas menunjukkan bahawa antara faktor kejayaan seseorang pengarang adalah pelbagai ilmu yang ada pada dirinya. Semakin banyak ilmu yang ada pada dirinya maka semakin bernaslah ideanya.




Here are a few more inspirational quotes for writers:

Don’t wait for moods. You accomplish nothing if you do that. Your mind must know it has got to get down to work ~Pearl S. Buck


Planning to write is not writing. Outlining, researching, talking to people about what you’re doing, none of that is writing. Writing is writing. ~E. L. Doctorow


If you wait for inspiration to write; you’re not a writer, you’re a waiter. ~ Dan Poynter

Antara contoh blog yang boleh juga anda lawati untuk mengetahui bagaimana mencari ilham adalah seperti berikut :




ilham C1



Sumber ilham



Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang ilham dan juga bagaimana untuk mendapatkan sumber ilham. Ilham adalah satu bentuk ilmu yang kita perolehi dari sumber yang kita sendiri tidak dapat tafsirkan. Ia seolah-olah muncul dibenak fikiran kita dengan semula jadi. Saat kita mendapat satu ilham kita seolah-olah dapat membuat sesuatu yang biasanya terbatas untuk kita lakukan.

            Sumber ilham boleh datang melalui pelbagai arah. Ada yang mendapatnya ketika tidur melalui mimpi, ada juga yang mendapatnya ketika bertafakur, ada juga yang datang pada waktu biasa dalam kehidupan kita, ada yang merasakan ia datang dalam bentuk bisikan halus. Apapun bentuk atau cara ilham itu sampai kedalam kotak fikiran kita, ia seolah olah muncul dengan sendirinya. Tidak melalui perantaraan, dan tidak juga berdasarkan pembelajaran melalui buku buku mahupun dalam kuliah.

            Namun begitu ilham yang disangkakan itu mungkin sebenarnya bisikan syaitan yang cuba merosakkan pemikiran kita. Ya, memang benar,, boleh juga ia datang melalui syaitan, jin atau makhluk makhluk lain namun ia adalah berdasarkan keizinan Allah jua, kerana Allah jualah yang menciptakan mereka dan berhak keatas mereka. Contohnya begini, Allah mengilhamkan mahkluk ciptaannya tentang suatu perkara, dan kemudian mahluk itu bisikkan kepada manusia melalui kelebihan yang diberi Allah kepadanya. Di situlah datangnya fungsi Al Quran dan hadis yang menjadi asas dan panduan kepada kita menerima sesuatu ilham.